Mural Messi jadi tumpuan peminat Argentina menjelang Piala Dunia 2026

Ratusan penyokong Argentina menurunkan tandatangan pada mural Lionel Messi menjelang Piala Dunia 2026/Foto VIORY

ARGENTINA, BUENOS AIRES, 13 Jun – Ratusan peminat bola sepak Argentina menurunkan tandatangan dan mesej sokongan pada sebuah mural gergasi kapten pasukan negara itu, Lionel Messi, menjelang Piala Dunia FIFA 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mural di Berazategui dihasilkan oleh Leonel Garcia dan Federico Merodo, menjadi tular dan menarik perhatian Messi.
  • Projek itu dihargai sebagai penghormatan selepas kejayaan Argentina pada Piala Dunia 2022.
  • Mural kini menjadi lokasi pertemuan penyokong menjelang Piala Dunia 2026 sementara Argentina mempertahankan gelaran dalam Kumpulan J.

Mural di Berazategui, pinggir Buenos Aires itu dihasilkan oleh dua pelukis tempatan, Leonel Garcia dan Federico Merodo, sebelum tular di media sosial dan menarik perhatian Messi sendiri.

Menurut Garcia, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menghasilkan mural Messi selepas kejayaan Argentina menjuarai Piala Dunia 2022.

Tambahnya, mural tersebut sebagai penghormatan kepada Messi dan tidak menyangka ia menerima sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Katanya, projek itu menjadi lebih bermakna apabila Messi menghantar mesej penghargaan kepada mereka yang terlibat.

Mural berkenaan kini menjadi lokasi pertemuan penyokong kepada skuad kendalian Lionel Scaloni menjelang saingan Piala Dunia 2026.

Argentina sebagai juara bertahan bakal memulakan cabaran dalam Kumpulan J menentang Algeria, Austria dan Jordan dengan misi mempertahankan kejuaraan dunia. – VIORY

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.