Kematian jururawat AS ditembak ejen persekutuan cetus protes di Minneapolis

Penunjuk perasaan melakukan protes susulan kematian Alex Pretti / REUTERS

MINNEAPOLIS, 26 Januari – Kematian jururawat warga Amerika Syarikat (AS), Alex Pretti, yang ditembak oleh ejen imigresen persekutuan pada Sabtu lalu mencetuskan protes baharu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Protes tercetus selepas jururawat Alex Pretti ditembak oleh ejen imigresen persekutuan di Minneapolis.
  • Rakaman video menunjukkan Pretti memegang telefon, bukan pistol, menimbulkan persoalan tentang dakwaan ejen.
  • Pihak berkuasa negeri meminta siasatan bersama untuk tentukan kebenaran dan jaga kredibiliti agensi persekutuan.

Malah penduduk turut mendesak supaya pentadbiran Presiden Donald Trump hentikan operasi penguatkuasaan imigresen di bandar itu.

Dalam kejadian tersebut, Pretti, 37, ditembak ketika bergelut dengan beberapa ejen.

Kerajaan persekutuan mendakwa Pretti membawa pistol ketika pergelutan berlaku.

Bagaimanapun, rakaman video menunjukkan Pretti hanya memegang telefon bimbit, bukannya senjata.

Mangsa cuba membantu seorang wanita sebelum ditarik ke tanah dan ditembak.

Ibu bapa Pretti menyifatkan anak mereka sebagai seorang yang berhati mulia dan mendakwa pihak pentadbiran menyebarkan pembohongan.

Gabenor Minnesota, Tim Walz, mengutuk insiden itu dan menegaskan pihaknya akan menjalankan siasatan.

Seorang senator Republikan menyeru siasatan bersama pihak persekutuan dan negeri untuk pastikan kebenaran ditegakkan dan kredibiliti ICE serta DHS tidak terjejas.

Insiden pembunuhan Pretti berlaku kurang tiga minggu selepas seorang warga AS lain, Renee Good, ditembak oleh pihak berkuasa di satu lokasi lain di Minneapolis. -REUTERS