‘Kami hanya mahu hidup aman di rumah sendiri’

Zahra kembali melihat rumahnya musnah akibat serangan Israel di Lubnan/Foto REUTERS

TAYR DEBBA, 19 April – Seorang wanita berusia 60 tahun kembali ke kampung halamannya di selatan Lubnan, dan mendapati rumahnya musnah akibat serangan udara Israel.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang wanita melarikan diri bersama tiga anak perempuannya pada hari pertama perang.
  • Hanya sempat menyelamatkan beberapa barangan seperti pakaian, komputer riba dan potret suami arwah.
  • Pihak berkuasa Lubnan melaporkan lebih 2,100 nyawa terkorban dan kira-kira 1.2 juta kehilangan tempat tinggal.
  • Trump kata Washington menghalang Israel teruskan serangan, namun tentera Israel masih kekal di beberapa kawasan selatan.

Zahra Eid berkata, dia melarikan diri bersama tiga anak perempuannya pada hari pertama perang sebelum kembali sejurus gencatan senjata diumumkan.

Katanya, dia hanya sempat menyelamatkan beberapa barangan daripada runtuhan, termasuk pakaian, komputer riba dan potret arwah suaminya.

Menurut pihak berkuasa Lubnan, konflik itu meragut lebih 2,100 nyawa dan menyebabkan kira-kira 1.2 juta penduduk hilang tempat tinggal.

Dalam perkembangan sama, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memaklumkan Washington menghalang Israel daripada meneruskan serangan di Lubnan selepas gencatan senjata 10 hari diumumkan.

Namun, situasi masih tidak menentu apabila tentera Israel dilaporkan kekal di beberapa kawasan selatan dan meneruskan operasi ketenteraan. – REUTERS