
BAITULMAQDIS, 19 April – Ratusan penduduk negara haram Israel berhimpun di Baitulmaqdis Barat, membantah dasar perang Benjamin Netanyahu dan menuntut beliau meletak jawatan.
- Penunjuk perasaan desak Benjamin Netanyahu meletak jawatan, menentang dasar perang yang dikaitkan dengan kepimpinan beliau.
- Protes tuntut gencatan senjata dan keamanan; sepanduk seperti "Nyawa Palestin berharga" dan "Hentikan pembunuhan" kelihatan.
- Rakyat muak dengan konflik berterusan; dakwa kerajaan terus mengheret negara ke dalam peperangan tanpa hala tuju.
- Tuntutan pilihan raya bebas dan adil, dakwaan majoriti tidak menyokong Netanyahu, kebimbangan konflik akan berlanjutan susulan kenyataan beliau.
Penunjuk perasaan membawa sepanduk seperti “Nyawa Palestin berharga” dan “Hentikan pembunuhan”, sambil menyeru gencatan senjata serta keamanan di rantau itu.
Seorang peserta berkata rakyat sudah muak dengan konflik berterusan yang gagal membawa harapan.
Katanya, kerajaan Netanyahu dilihat terus mengheret negara ke dalam peperangan tanpa hala tuju jelas.
Seorang lagi penunjuk perasaan menuntut pilihan raya bebas dan adil, sambil mempersoalkan kepimpinan semasa.
Mereka turut mendakwa majoriti rakyat tidak lagi menyokong Netanyahu.
Protes itu susulan kenyataan beliau yang masih mahu meneruskan operasi ketenteraan walaupun gencatan senjata dengan Lubnan sedang berkuat kuasa.
Perkembangan itu menimbulkan kebimbangan bahawa konflik di rantau berkenaan akan terus berlarutan. – VIORY