
ISLAMABAD, 25 Mac – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif memberitahu bahawa Islamabad bersedia menjadi tuan rumah rundingan bagi menghentikan perang antara Amerika Syarikat-Israel dengan Iran.
- Kerajaan Pakistan menyokong usaha dialog berterusan untuk menamatkan perang demi keamanan dan kestabilan rantau.
- Sharif bercakap dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian dan jamin kerajaan memberi bantuan untuk membawa keamanan.
- Jurucakap Kementerian Luar, Tahir Hussain Andrabi, sahkan Pakistan konsisten menyokong dialog dan diplomasi.
- Islamabad kecam pembunuhan pemimpin tertinggi Iran Ali Khamenei; ucap tahniah kepada Mojtaba dan rusuhan maut di misi AS berlaku.
‘Pakistan mengalu-alukan dan menyokong sepenuhnya usaha berterusan mengadakan dialog bagi menamatkan perang di Asia Barat, demi kepentingan keamanan dan kestabilan di rantau ini,” tulisnya di X.
‘Tertakluk kepada persetujuan AS dan Iran, Pakistan bersedia dan berbesar hati untuk menjadi tuan rumah bagi memudahkan rundingan yang bermakna dan muktamad bagi penyelesaian komprehensif konflik yang sedang berlaku’.
Sharif turut memaklumkan beliau telah bercakap dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian berkaitan hal itu, serta menjanjikan bantuan kerajaannya dalam membawa keamanan ke rantau tersebut.
Terdahulu, jurucakap Kementerian Luar, Tahir Hussain Andrabi memberitahu AFP bahawa Pakistam sentiasa bersedia untuk menjadi tuan rumah rundingan dan telah secara konsisten menyokong dialog dan diplomasi bagi menggalakkan keamanan dan kestabilan.
Iran merupakan sekutu lama Pakistan dan Islamabad telah mengutuk pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei. Ia juga mengucapkan tahniah kepada anak lelaki dan penggantinya, Mojtaba.
Pengikut Syiah membentuk kira-kira 10-15 peratus daripada populasi Pakistan dan kematian Ali Khamenei mencetuskan rusuhan maut di misi diplomatik AS di seluruh negara. -AFP