Amalan ‘tabayyun’ penting dalam era digital

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib/ Foto Pejabat SUK Pulau Pinang

BALIK PULAU, 17 Jun – Umat Islam diseru mengamalkan budaya ‘tabayyun’ iaitu menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum mempercayai dan menyebarkannya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Manfaat teknologi digital mesti dimanfaatkan secara berhemah dan bertanggungjawab untuk kebaikan bersama.
  • Setiap maklumat perlu dinilai dengan cermat dan penuh tanggungjawab untuk memelihara kebenaran serta keharmonian masyarakat.
  • Budaya tabayyun menurut Islam membentuk masyarakat berilmu, matang dan berakhlak.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib berkata ini khususnya dalam era digital yang menyaksikan penyebaran maklumat berlaku tanpa sempadan.

Tegasnya, perkembangan teknologi dan media digital membuka ruang yang luas kepada ilmu serta maklumat. Namun, kemudahan itu perlu dimanfaatkan secara berhemah dan bertanggungjawab bagi memastikan manfaatnya dinikmati secara menyeluruh.

“Dengan limpahan maklumat dan perkembangan teknologi yang pesat, ingin saya mengingatkan kepada seluruh umat Islam agar sentiasa mengiringi kecanggihan tersebut dengan kebijaksanaan dan adab.

“Setiap maklumat yang diterima sewajarnya dinilai dengan cermat dan penuh tanggungjawab agar kebenaran dapat dipelihara serta keharmonian masyarakat terus terjamin.

“Dalam konteks ini, budaya tabayyun yang dianjurkan oleh Islam menjadi panduan yang amat berharga dalam membentuk masyarakat yang berilmu, matang dan berakhlak”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena Sambutan Maal Hijrah 1448 Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Balik Pulau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.