
BEIJING, 14 April – Mengekalkan momentum gencatan senjata di Asia Barat adalah satu “keutamaan segera” untuk menamatkan konflik di wilayah tersebut yang masih berlarutan.
- Wang Yi menghubungi Ishaq Dar melalui panggilan telefon untuk membincangkan situasi dan langkah diplomatik.
- Pelan damai bersama China dan Pakistan yang diumumkan bulan lalu masih boleh menjadi panduan untuk penyelesaian.
- Shehbaz Sharif: gencatan senjata AS-Iran masih bertahan; rundingan di Islamabad gagal capai perjanjian, usaha perundingan diteruskan.
Perkara itu dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi kepada rakan sejawatnya dari Pakistan Ishaq Dar dalam satu panggilan telefon pada Isnin.
“Keutamaan segera adalah untuk berusaha sedaya upaya bagi mengelakkan konflik kembali tercetus dan mengekalkan momentum gencatan senjata yang sukar dicapai,” katanya.
Wang memaklumkan pelan damai bersama oleh China dan Pakistan yang diumumkan bulan lalu ketika kedua-dua pegawai bertemu di Beijing “masih boleh menjadi panduan bagi usaha ke arah penyelesaian.”
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif turut berkata bahawa gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran masih “bertahan”, dan usaha sedang dijalankan untuk mencapai satu perjanjian selepas rundingan di Islamabad pada hujung minggu lalu gagal menghasilkan sebarang keputusan. – AFP