Dunia kecam serangan ke atas pasukan pengaman PBB di Lubnan

Pasukan penyelamat membawa keluar mangsa yang terkorban akibat serangan Israel ke atas Lubnan. /Foto AFP

AMERIKA SYARIKAT, 10 April – Puluhan negara yang menyumbangkan anggota tentera kepada pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan menyeru agar permusuhan ini dihentikan segera selepas tiga anggota “topi biru” terbunuh ketika Israel dan Hizbullah melancarkan serangan balas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 60 negara anggota UNIFIL mengutuk serangan berterusan terhadap pasukan pengaman di Lubnan.
  • Kenyataan rasmi mengecam serangan yang mengorbankan dan mencederakan anggota pengaman dari pelbagai negara.
  • UNIFIL kini mempunyai hampir 8,200 anggota dari 47 negara dan tersepit di tengah konflik serantau.
  • Seruan tegas supaya permusuhan dihentikan, ketegangan dikendurkan, dan semua pihak kembali ke meja rundingan.

Negara-negara berkenaan termasuk Indonesia, Perancis, United Kingdom, China dan Turki, selain disertai negara lain seperti Rusia.

“Kami mengecam sekeras-kerasnya serangan berterusan terhadap UNIFIL, termasuk serangan serius terbaharu yang mengorbankan tiga anggota pengaman dari Indonesia serta mencederakan beberapa anggota lain dari Perancis, Ghana, Indonesia, Nepal dan Poland,” kata Duta Indonesia, Umar Hadi, mewakili semua negara tersebut.

Dalam pada itu, lebih 60 negara anggota UNIFIL di Lubnan mengecam serangan berterusan terhadap pasukan pengaman tersebut.

“Kami juga mengutuk dengan tegas tingkah laku agresif yang tidak boleh diterima terhadap anggota dan kepimpinan UNIFIL yang diperhatikan sejak kebelakangan ini.” tambah Umar lagi.

UNIFIL, mempunyai hampir 8,200 anggota dari 47 negara, kini terperangkap di tengah-tengah konflik yang berterusan antara Israel dan Hizbullah, yang telah mengheret Lubnan ke dalam konflik serantau yang lebih luas.

Walaupun Washington dan Tehran bersetuju dengan gencatan senjata selama dua minggu, Israel masih meneruskan serangan terhadap anggota Hizbullah di Lubnan.

“Kami menyeru agar permusuhan di Lubnan dihentikan, ketegangan dikendurkan, dan semua pihak kembali ke meja rundingan,” menurut kenyataan bersama yang dibacakan oleh Hadi.

“Kami mengulangi komitmen teguh kami terhadap kedaulatan, kemerdekaan, keutuhan wilayah dan perpaduan Lebanon.” katanya. -AFP