Dua kapal tentera Ecuador bertembung ketika latihan di Kepulauan Galapagos

Dua kapal tentera laut Ecuador bertembung ketika latihan taktikal ketika cuaca buruk / Foto VIORY

SANTA CRUZ, 3 September – Dua kapal tentera laut Ecuador bertembung ketika menjalani latihan taktikal di Bahia Academia, Pulau Santa Cruz, Kepulauan Galapagos, pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada anggota cedera; gambar menunjukkan kedua-dua kapal bersentuhan pada badan kapal dan beberapa kru berada di dek.
  • Tentera Laut mengaitkan perlanggaran dengan keadaan meteorologi dan oseanografi, termasuk angin kencang serta arus laut kuat.
  • Protokol keselamatan diaktifkan; pasukan teknikal memeriksa kapal, mendapati tiada kerosakan yang menjejaskan kemampuan operasi, dan operasi diteruskan.

Tentera Laut Ecuador memaklumkan tiada anggota yang cedera dalam kejadian itu.

Gambar yang dikongsikan di media sosial menunjukkan kedua-dua kapal berkenaan bersentuhan pada bahagian badan kapal, manakala beberapa anggota dilihat berada di dek salah sebuah kapal.

Tentera Laut Ecuador menyifatkan kejadian itu sebagai perlanggaran antara dua unit tentera laut dan mengaitkannya dengan keadaan meteorologi serta oseanografi di kawasan berkenaan.

“Kawasan itu ketika kejadian berdepan angin kencang dan arus laut yang kuat.

Susulan kejadian, Tentera Laut Ecuador mengaktifkan protokol keselamatan pelayaran bagi memastikan keadaan kedua-dua kapal dan anggota yang terlibat berada dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan tentera.

Pasukan teknikal khas turut menjalankan penilaian dan pemeriksaan terhadap kapal berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada kerosakan yang boleh menjejaskan keupayaan operasi kedua-dua kapal.

Tentera Laut Ecuador berkata, kedua-dua kapal meneruskan operasi seperti biasa mengikut perancangan institusi. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.