
BEIJING, 28 Ogos – Kerajaan China mengerahkan ratusan anggota tentera dan pasukan penyelamat ke pekan Gyirong di sempadan Tibet berikutan kejadian tanah runtuh yang mencetuskan bencana banjir dahsyat.
- PLA menghantar lebih 500 anggota untuk menyokong operasi pencarian di Gyirong.
- Empat helikopter tentera digerakkan untuk pemantauan udara kawasan bencana.
- Perdana Menteri Li Qiang tiba di lokasi bagi memantau keadaan dan operasi menyelamat.
- Seramai 558 orang dilaporkan hilang, termasuk 260 warga asing; angka kematian rasmi tiga orang.
Laporan media rasmi China, CCTV pada Khamis menyebut Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) telah menghantar lebih 500 anggota ke wilayah berkenaan bagi menyokong operasi pencarian.
“Empat helikopter tentera turut digerakkan untuk melakukan pemantauan udara di kawasan bencana,”katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri China, Li Qiang juga dilapor tiba di lokasi bencana di Gyirong pada petang Khamis untuk memantau sendiri keadaan semasa dan operasi menyelamat.
Menurut CCTV, seramai 558 orang masih hilang di daerah Gyirong, termasuk 260 warga asing.
Angka kematian rasmi setakat ini kekal tiga orang.- REUTERS