Austria tarik balik puri jenama HiPP dikhuatiri tercemar bahan bahaya

Gambar hiasan

VIENNA, 18 April- Syarikat pembekal makanan bayi dari Austria, HiPP menarik balik satu rangkaian produk makanannya berbentuk puri susulan kebimbangan kesihatan selepas disyaki berlaku pencemaran bahan berbahaya.

RINGKASAN BERITA AI
  • HiPP menarik keseluruhan rangkaian produk yang dijual di SPAR Austria sebagai langkah pencegahan.
  • Produk balang kaca 'HiPP Carrot/Potato 190 gram' disyaki dicemari bahan berbahaya berunsur khianat, boleh membawa risiko maut jika dimakan.
  • Pengguna diminta tidak mengambil produk tersebut dan segera memulangkannya ke premis pembelian.
  • Polis Burgenland mohon orang ramai tampil memberi maklumat; butiran bahan berbahaya dan punca belum didedahkan.

Susulan itu, HiPP dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menarik keseluruhan rangkaian produk berkenaan yang dijual di rangkaian pasar raya SPAR Austria sebagai langkah pencegahan.

Menurutnya, tindakan itu diambil susulan kemungkinan ‘HiPP Carrot/Potato – 190 gram’ dicemari bahan berbahaya berunsur khianat yang boleh membawa risiko maut jika dimakan.”

“Tidak boleh ditolak kemungkinan bahawa bahan berbahaya telah dimasukkan ke dalam produk tersebut secara sengaja dan boleh membawa maut jika termakan,” menurut kenyataan itu.

Justeru, HiPP meminta pengguna tidak mengambil produk berkenaan dan segera memulangkannya ke premis pembelian.

Polis wilayah timur Burgenland turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan, namun tidak mengulas lanjut mengenai kes berkenaan.

Setakat ini, tiada butiran tambahan didedahkan termasuk jenis bahan berbahaya yang dimaksudkan serta punca kejadian yang mencetuskan siasatan tersebut. -AFP