Aung San Suu Kyi dibenarkan pindah dari penjara ke kediaman ditetapkan

Gambar tidak bertarikh yang dikeluarkan oleh Pasukan Maklumat Tentera Myanmar pada 30 April 2026 menunjukkan Aung San Suu Kyi sedang bercakap di lokasi tidak didedahkan/AFP

YANGON, 1 Meil- Bekas Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, dibenarkan berpindah dari penjara ke sebuah kediaman yang ditetapkan bagi menjalani baki hukumannya pada Khamis, lapor Agensi Berita Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • U Min Aung Hlaing mengarahkan pemindahan lokasi pemenjaraan selaras peruntukan undang-undang jenayah.
  • Stesen penyiar kerajaan MRTV melaporkan arahan itu.
  • Keputusan dibuat sempena sambutan Hari Buddha atas dasar kemanusiaan dan niat baik kerajaan.

Menurut stesen penyiar milik kerajaan, Myanmar Radio and Television (MRTV), Presiden Myanmar, U Min Aung Hlaing mengarahkan perubahan lokasi pemenjaraan Aung San Suu Kyi selaras dengan peruntukan undang-undang jenayah berkaitan.

Keputusan itu dibuat sempena sambutan Hari Buddha serta atas dasar kemanusiaan dan niat baik kerajaan, menurut laporan itu. -BERNAMA-XINHUA