Trump ancam kurangkan tentera AS di Itali, Sepanyol

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berucap selepas menandatangani beberapa perintah eksekutif di Pejabat Oval, White House di Washington, DC./AFP

WASHINGTON, 1 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan kemungkinan untuk mengurangkan penempatan tentera negara itu di Itali dan Sepanyol susulan perbezaan pendirian berhubung konflik dengan Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump ancam kurangkan penempatan tentera AS di Itali dan Sepanyol kerana perbezaan pendirian mengenai konflik Iran.
  • Pengumuman itu dibuat sehari selepas beliau mencadangkan pengurangan tentera sama di Jerman.
  • Beliau mengkritik Itali dan Sepanyol kurang membantu AS, termasuk isu Ukraine; beliau juga menarik balik sekatan tarif wiski Scotland.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas beliau mencadangkan langkah sama melibatkan penempatan tentera AS di Jerman.

Ketika ditanya sama ada pengurangan turut akan dilaksanakan di Sepanyol dan Itali, Trump berkata: “Ya, mungkin saya akan lakukan. Kenapa tidak?” katanya kepada wartawan di Pejabat Oval.

Beliau turut mengkritik kedua-dua negara berkenaan, dengan mendakwa mereka tidak banyak membantu Washington, termasuk dalam isu melibatkan Ukraine.

“Itali tidak banyak membantu kami, dan Sepanyol sangat teruk. Ini melibatkan NATO. Kami membantu mereka dalam isu Ukraine, walaupun ia sebenarnya lebih dekat dengan mereka berbanding kami.”

Dalam perkembangan berkaitan, Trump turut memaklumkan keputusan untuk menarik balik sekatan tarif terhadap wiski Scotland dibuat sebagai penghormatan kepada Raja Charles III dan Ratu Camilla yang baru menamatkan lawatan ke negara itu.

“Saya menarik balik semua sekatan supaya Scotland dan Kentucky boleh berdagang semula. Saya lakukan ini sebagai penghormatan kepada raja dan permaisuri yang baru sahaja berangkat pulang. Ia satu langkah besar,” katanya. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.