Angka korban gempa bumi Venezuela meningkat kepada 2,954 orang

Foto AFP

CARACAS, 5 Julai – Angka kematian akibat gempa bumi berkembar yang mengegarkan Venezuela kini meningkat kepada 2,954 orang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 16,000 cedera dan ribuan masih hilang selepas gempa pada 24 Jun.
  • Lebih 16,000 kehilangan tempat tinggal; 190 bangunan, kebanyakan di pesisir La Guaira, musnah.
  • Selepas dua gempa susulan magnitud 7.2 dan 7.5, operasi mencari dihentikan; fokus beralih kepada membantu keluarga tuntut mayat.

Statistik rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa pada Sabtu menyatakan, jumlah korban tersebut meningkat kepada lebih 300 kes berbanding Jumaat.

Lebih 16,000 individu dilaporkan cedera ketika gempa berlaku pada 24 Jun lalu yang turut meruntuhkan puluhan bangunan tinggi serta menyebabkan ribuan mangsa lagi masih hilang.

Bencana yang disifatkan sebagai antara tragedi gempa bumi terburuk di Amerika Latin itu turut menyaksikan lebih 16,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

“190 bangunan yang majoritinya terletak di kawasan pesisir pantai La Guaira, di utara ibu negara Caracas turut musnah,” katanya.

Selepas sepuluh hari kejadian dua gempa susulan berkekuatan 7.2 dan 7.5 magnitud berlaku, pasukan penyelamat kini mula menghentikan operasi mencari mangsa yang terselamat.

Fokus kini beralih kepada usaha membantu ahli keluarga mengeluarkan dan menuntut mayat orang tersayang dari bawah runtuhan.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.