Kes Lyhanna: 100,000 sertai demonstrasi bantah keganasan seksual

Foto REUTERS

PARIS, 5 Julai – Kira-kira 100,000 penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan utama di seluruh Perancis pada Sabtu bagi membantah keganasan seksual.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perhimpunan digerakkan persatuan feminis dan pertubuhan perlindungan kanak-kanak menuntut pelaksanaan undang-undang rangka kerja komprehensif.
  • Perarakan bermula dari Place de la Bastille menuju ke Nation, disifatkan penganjur sebagai mobilisasi bersejarah.
  • Anne-Cécile Mailfert berkata sistem keadilan seolah melindungi pelaku; 94 peratus aduan rogol digugurkan tanpa tindakan.
  • Kes kejam Lyhanna, 11, rogol dan dibunuh, memicu lebih 340,000 petisyen tuntut tindakan undang-undang; demonstrasi di 110 bandar lain.

Demonstrasi besar-besaran ini digerakkan oleh persatuan feminis dan pertubuhan perlindungan kanak-kanak bagi menuntut pelaksanaan undang-undang rangka kerja komprehensif susulan kemarahan orang awam terhadap kes tragis membabitkan seorang remaja, Lyhanna.

Perarakan bermula sekitar pukul 3 petang waktu tempatan bergerak dari Place de la Bastille menuju ke Nation.

Pihak penganjur menyifatkannya sebagai mobilisasi bersejarah menentang keganasan seksual.

Sementara itu, Presiden Yayasan Wanita, Anne-Cécile Mailfert menegaskan bahawa sistem keadilan sedia ada seolah-olah melindungi pelaku berbanding mangsa.

“Sebanyak 94 peratus aduan kes rogol akhirnya digugurkan tanpa sebarang tindakan lanjut,” ujarnya.

Penulis terkenal, Virginie Grimaldi turut mengkritik kerajaan yang menyifatkan kelemahan siasatan dalam kes Lyhanna sebagai kepincangan teknikal.

“Beginilah cara sistem keadilan Perancis berfungsi setiap hari,” tegasnya.

Selain Paris, demonstrasi sama turut dilancarkan di 110 bandar lain di Perancis termasuk Agen, Dijon, Toulouse dan Rennes.

Kes pembunuhan kejam dan rogol melibatkan Lyhanna, 11, seorang pelajar sekolah menengah bukan sahaja menyebabkan gerakan perhimpunan penunjuk perasaan besar-besaran, malah berjaya mengumpul lebih 340,000 petisyen mendesak tindakan undang-undang dikenakan.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.