Korea Selatan beri amaran jika Ukraine enggan mohon maaf

Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung/ AFP

SEOUL, 2 Oktober – Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung memberi amaran Seoul akan mengambil tindakan lanjut, jika Ukraine enggan memohon maaf secara terbuka berhubung pendedahan pemindahan dua tawanan perang Korea Utara ke Korea Selatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lee menyifatkan pendedahan itu tindakan unilateral Ukraine dan mendakwa Kiev cuba menggambarkan beliau sebagai pembohong.
  • Lee berkata isu ini melibatkan maruah Korea Selatan dan rakyat serta tidak boleh dipandang ringan.
  • Zelensky mendedahkan Ukraine menghantar dua tentera Korea Utara ke Korea Selatan selepas mereka ditawan ketika berperang untuk Rusia.
  • Seoul menuntut penjelasan rasmi dan permohonan maaf kerana wujud persefahaman merahsiakan pemindahan demi keselamatan tawanan dan keluarga.

Lee menyifatkan pendedahan itu sebagai tindakan unilateral Ukraine dan mendakwa Kiev cuba menggambarkan beliau sebagai seorang yang berbohong.

Menerusi hantaran di platfom X, Lee berkata perkara itu melibatkan maruah Korea Selatan dan rakyatnya serta tidak boleh dipandang ringan.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky sebelum ini mendedahkan Ukraine telah menghantar dua tentera Korea Utara ke Korea Selatan, selepas kedua-duanya ditawan ketika berperang untuk Rusia.

Seoul kemudian menuntut penjelasan rasmi dan permohonan maaf daripada Ukraine, dengan mendakwa kedua-dua negara sebelum ini mempunyai persefahaman untuk merahsiakan pemindahan berkenaan atas faktor keselamatan tawanan dan keluarga mereka.

Bagaimanapun, Menteri Luar Ukraine, Andrii Sybiha menyifatkan isu itu sebagai ‘salah faham diplomatik’ dan berharap kerjasama antara kedua-dua negara dapat diteruskan.

Sybiha berkata Korea Selatan merupakan negara penting kepada Ukraine dan berharap hubungan serta kerjasama kedua-dua negara terus berkembang.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.