
MIAMI, 10 Mei – Sekurang-kurangnya 11 individu cedera dalam insiden letupan dipercayai membabitkan sebuah bot berhampiran kawasan tumpuan pelancong Haulover Sandbar dekat Miami Beach, Amerika Syarikat, semalam.
- Pasukan Penyelamat Kebakaran Miami-Dade menerima laporan letupan pada pukul 12.48 tengah hari, lalu pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi.
- Semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut.
- Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Perikanan Florida serta Pengawal Pantai AS turut menyertai operasi menyelamat dan siasatan.
- Punca kejadian belum disahkan; seorang penumpang mendakwa kemungkinan berpunca daripada kebocoran gas.
Pasukan Penyelamat Kebakaran Miami-Dade menerima laporan mengenai “kemungkinan letupan bot” pada pukul 12.48 tengah hari waktu tempatan sebelum pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian.
Beberapa media tempatan melaporkan bot terbabit dikenali sebagai Nauti Nabors, sebuah bot sewa khas.
Semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.
Pihak Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Perikanan Florida serta Pengawal Pantai Amerika Syarikat turut terlibat dalam operasi menyelamat dan siasatan.
Setakat ini, punca kejadian masih belum disahkan, namun seorang penumpang yang berada di atas bot mendakwa insiden mungkin berpunca daripada kebocoran gas. – REUTERS