KUALA LUMPUR, 14 Mei - Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tanpa urus niaga pada Selasa.
Kontrak bulan semasa Mei 2024, Jun 2024, Julai 2024 dan September 2024, masing-masing tidak berubah pada 96.45.
Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka, masing-masing kekal sifar.
Dalam pasaran tunai, kadar asas KLIBOR tiga bulan berada pada 3.59 peratus pada penetapan 11 pagi.
- BERNAMA