fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil mingu depan susulan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Untuk minggu semasa, bank pusat itu menjalankan operasi setiap hari bagi mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan dengan melaksanakan repo berbalik, repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik Islam.

Lebihan kecairan dalam sistem konvensional meningkat kepada RM40.10 bilion berbanding RM36.20 bilion yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai menokok kepada RM19.09 bilion daripada RM12.83 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 3 Oktober.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN