RCI TH: Bekas pengerusi TH, bekas KSP direman seminggu

Foto RTM

PUTRAJAYA, 27 Ogos – Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan permohonan reman selama tujuh hari terhadap dua bekas pengurusan tertinggi, masing-masing bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Kementerian Kewangan, bagi membantu siasatan berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majistret Ezrene Zakariah membenarkan permohonan SPRM, mengeluarkan perintah reman sehingga 2 September.
  • RCI TH menyiasat pengurusan 2014-2020, termasuk dakwaan rasuah, penyelewengan, pemalsuan dokumen, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
  • Reman bekas CEO TH yang ditahan Jumaat lalu dilanjutkan empat hari sehingga 31 Ogos, perintah dikeluarkan di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Perintah reman sehingga 2 September itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siasatan itu dijalankan susulan laporan RCI TH yang meneliti pengurusan dan operasi institusi berkenaan bagi tempoh 2014 hingga 2020, termasuk aspek rasuah, penyelewengan, pemalsuan dokumen, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH yang ditahan sejak Jumaat lalu turut dilanjutkan tempoh reman selama empat hari sehingga 31 Ogos.

Perintah berkenaan turut dibenarkan Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.