Trump: Rusia tidak akan serang wilayah NATO

Foto REUTERS

WASHINGTON, 28 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata Presiden Rusia Vladimir Putin “tidak akan menyerang” wilayah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertemuan mengejut Pengarah CIA di Moscow dilaporkan bertujuan memberi amaran kepada Rusia supaya tidak menyerang pakatan NATO.
  • Trump enggan mengesahkan laporan bahawa Ratcliffe menyampaikan amaran kepada pihak Rusia, berkata beliau tidak mahu mengulas.
  • Trump memperlekehkan keperluan tindakan terhadap Rusia atas perdagangan dengan Iran dan memuji tindakannya mengenai Selat Hormuz.

Pernyataan itu sekali gus menolak laporan media bahawa Washington bimbang kemungkinan Moscow melancarkan serangan terhadap Eropah.

Trump berkata demikian dua hari selepas Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) John Ratcliffe mengadakan perbincangan mengejut di Moscow, yang menurut media AS bertujuan memberi amaran kepada Rusia supaya tidak menyerang pakatan NATO.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengannya.

“Beliau tidak akan menyerang wilayah NATO,” kata Trump kepada pemberita disini ketika ditanya sama ada Putin bersetuju untuk tidak berbuat demikian.

Ketika diminta mengesahkan laporan bahawa Ratcliffe menyampaikan amaran kepada pihak Rusia,

Trump berkata: “Saya tidak mahu mengulas mengenainya, tetapi mereka tidak akan menyerang.”

Trump turut memperlekehkan keperluan untuk mengenakan tindakan terhadap Rusia kerana menjalankan perdagangan dengan sekutunya, Iran, selepas pentadbirannya mengumumkan “D-Day ekonomi” terhadap Tehran jika negara itu enggan membuka Selat Hormuz.

“Setakat ini, saya fikir Rusia telah bertindak dengan baik berhubung Selat Hormuz,” katanya. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.