Trump tukar nama Tasik Ontario kepada Tasik Amerika

Foto AFP

WASHINGTON, 28 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengumumkan Tasik Ontario, yang dikongsi AS dan Kanada, akan dinamakan semula sebagai “Lake America” atau Tasik Amerika.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump menandatangani perintah di White House ketika hubungan AS-Kanada tegang akibat perang perdagangan.
  • Beliau mendakwa pegawai Kanada melayan AS dengan buruk dan menyifatkan mereka sebagai orang yang kejam.
  • Langkah itu mirip penamaan semula Teluk Mexico Januari 2025 dan dijangka tidak diterima pihak Kanada.

Trump menandatangani perintah berhubung pertukaran nama itu di White House, ketika hubungan antara AS dan Kanada terus tegang susulan perang perdagangan antara kedua-dua negara.

“Kita akan menukar nama Tasik Ontario berkuat kuasa serta-merta kepada Tasik Amerika,” katanya kepada pemberita di sini.

Trump mendakwa pegawai Kanada telah melayan AS dengan buruk, sambil menyifatkan mereka sebagai “orang yang kejam”.

Pertukaran nama itu dijangka tidak diterima Kanada dan menyamai keputusan Trump menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika pada Januari 2025.

Trump berkata beliau telah lama memikirkan cadangan menukar nama tasik berkenaan, sambil merujuk kepada keputusan menamakan semula Teluk Mexico.

“Sekarang kita mempunyai teluk dan tasik. Yang kita perlukan hanyalah lautan.

“Jadi, mungkin kita perlu menukar nama Atlantik atau Pasifik.

“Mungkin kita tukar kedua-duanya,” katanya. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.