
KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 melanda kawasan Temenggor, Gerik, Perak pada 12:06 tengah malam tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Kejadian berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
- Koordinat pusat gempa: 5.5 darjah Utara, 101.3 darjah Timur.
- Pusat gempa terletak kira-kira sembilan kilometer timur laut dari Hulu Perak.
- Gegaran dirasai di kawasan sekitar dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer, dengan koordinat 5.5 darjah Utara dan 101.3 darjah Timur.
Menurut MetMalaysia, pusat gempa bumi itu terletak kira-kira sembilan kilometer timur laut dari Hulu Perak, Perak.
“Gegaran dirasai di sekitar kawasan Gerik, Perak,” menurut kenyataan itu.
MetMalaysia berkata pihaknya akan terus memantau keadaan berkenaan.