Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 diadakan di PICC

Foto Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) susulan keadaan jerebu yang melanda ketika ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan pemindahan lokasi dibuat sebagai langkah penyesuaian untuk memastikan keselamatan, kesihatan, keselesaan tetamu dan kelancaran pelaksanaan majlis.
  • Pemindahan tidak menjejaskan pengisian dan semangat sambutan, sebaliknya langkah bertanggungjawab untuk persekitaran majlis lebih terkawal dan selesa.
  • Kerajaan akan terus memantau keadaan jerebu dan perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa.
  • Keputusan tentang perbarisan berdasarkan penilaian semasa dan nasihat KKM, Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Meteorologi; orang ramai dinasihatkan mengikuti maklumat rasmi.

Jawatankuasa Kerja Sambutan Mesyuarat HKHM 2026 dalam kenyataan memaklumkan, keputusan tersebut dibuat sebagai langkah penyesuaian mengambil kira perkembangan semasa, khususnya bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan keselesaan tetamu serta orang ramai, di samping menjamin kelancaran pelaksanaan majlis.

“Pemindahan lokasi ini tidak menjejaskan pengisian dan semangat sambutan Hari Kebangsaan 2026, sebaliknya merupakan langkah bertanggungjawab bagi memastikan majlis dapat dilaksanakan dalam persekitaran yang lebih terkawal dan selesa.

“Kerajaan akan terus memantau keadaan jerebu dan perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, keputusan berkaitan pelaksanaan acara perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 akan ditentukan berdasarkan penilaian keadaan semasa serta nasihat dan pandangan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap situasi terkini keadaan jerebu serta mendapatkan maklumat dan nasihat kesihatan melalui saluran rasmi KKM.

Sebelum ini Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos pukul 9.30 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.