fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil dengan operasi BNM

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil pada Jumaat, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan berjumlah RM40.58 bilion manakala dana Islam RM18.26 bilion.

Pada hari ini, bank pusat itu akan melaksanakan tender Qard bernilai RM900 juta selama tujuh hari serta dua tender repo berbalik iaitu masing-masing tender RM1.5 bilion selama 31 hari dan tender RM500 juta selama 94 hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM41.4 bilion dan RM17.4 bilion bagi tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

(FOTO HIASAN)

Media Baharu