Rizky Febian bakal temui peminat Malaysia November ini

Penyanyi popular Indonesia Rizky Febian

KUALA LUMPUR, 18 September – Penyanyi dan pencipta lagu popular Indonesia, Rizky Febian, bakal kembali menemui peminat di Malaysia menerusi konsert Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur pada November depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Konsert dibawakan oleh Kumho International, dianjur AM Entertainment dengan kerjasama RSI Solusi Indonesia.
  • Rizky pernah mengadakan konsert sulung di Malaysia yang menarik lebih 2,400 peminat hadir.
  • Beliau akan membawakan lagu popular, berkongsi pengalaman peribadi dan memberikan persembahan yang meninggalkan kenangan.

Rizky bukanlah nama baharu di pentas industri hiburan apabila pernah mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 20 Oktober 2022, yang menyaksikan lebih 2,400 peminat hadir menyaksikan persembahannya.

Konsert Rizky Febian Live in Kuala Lumpur ketika itu turut menyaksikan penyanyi berkenaan membawakan 16 lagu, termasuk Kesempurnaan Cinta, Cuek, Makna Cinta, Terlukis Indah dan Hingga Tua Bersama.

Kembali ke lokasi sama tahun ini, Rizky dijangka membawakan himpunan lagu popularnya selain berkongsi pengalaman dan sisi peribadi perjalanan muziknya bersama peminat.

Rizky, yang dikenali menerusi karya seperti Kesempurnaan Cinta, Penantian Berharga, Cuek, Makna Cinta, Terlukis Indah dan Hingga Tua Bersama, berkata beliau teruja untuk kembali beraksi di Kuala Lumpur.

“Saya sangat senang dapat kembali bertemu dengan peminat di Kuala Lumpur. Malaysia sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam perjalanan muzik saya.

“Saya tahu ramai yang sudah menantikan untuk bernyanyi bersama-sama dan kali ini saya ingin memberikan sebuah persembahan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga meninggalkan kenangan istimewa buat semua yang hadir,” katanya.

Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur dijadual berlangsung pada 29 November ini di Zepp Kuala Lumpur, manakala tiket mula dijual pada 18 September.

Konsert yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu dibawakan oleh Kumho International dan dianjurkan AM Entertainment dengan kerjasama RSI Solusi Indonesia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.