
ISLAMABAD, 18 September – Pakistan berikrar akan mempertahan Arab Saudi dengan segala kemampuan yang ada sekiranya keselamatan negara itu dan dua tanah suci umat Islam terancam.
- Jurucakap tentera: sokongan Islamabad merangkumi bantuan diplomatik dan fizikal kepada Riyadh.
- Ketegangan meningkat antara Arab Saudi dan Houthi selepas beberapa serangan dikaitkan dengan kumpulan itu; Houthi menafikan dakwaan sasar Mekah.
- Perjanjian Pertahanan Bersama Mekah mengikat Pakistan, Arab Saudi dan Turkiye untuk saling mempertahankan jika diserang.
Jurucakap tentera Pakistan, Leftenan Jeneral Ahmed Sharif Chaudhry berkata, komitmen Islamabad terhadap Riyadh merangkumi sokongan diplomatik dan fizikal.
Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan antara Arab Saudi dan Houthi semakin meningkat susulan beberapa siri serangan yang dikaitkan dengan kumpulan bersenjata berkenaan.
Riyadh sebelum ini mendakwa Houthi melancarkan serangan yang menyasarkan Mekah, namun dakwaan itu dinafikan kumpulan berkenaan.
Bulan lepas, Pakistan, Arab Saudi dan Turkiye menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama Mekah yang mengikat ketiga-tiga negara untuk saling mempertahan sekiranya mana-mana pihak diserang.
Perjanjian itu dimeterai ketika ketegangan serantau terus meningkat susulan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran serta serangan Houthi yang disokong Tehran di rantau berkenaan. – AFP