fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Mei- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Minggu ini, bank pusat menjalankan operasi setiap hari bagi mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan mengendalikan tender pasaran wang konvensional, Qard, repo berbalik Islam dan repo berbalik.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini melonjak kepada RM29.70 bilion daripada RM27.71 bilion pada minggu sebelum itu.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai susut kepada RM16.88 bilion daripada RM17.62 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) adalah 3.00 peratus pada 2 Mei.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN