fb fb fb fb fb

AWS labur RM29.2 bilion sehingga tahun 2038

Amazon Web Services (AWS) megumumkan komitmen pelaburan jangka panjang berjumlah RM29.2 bilion di Malaysia sehingga tahun 2038 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Ogos - Amazon Web Services (AWS) mengumumkan komitmen pelaburan jangka panjang berjumlah RM29.2 bilion di Malaysia sehingga tahun 2038.

Ini seiring pelancaran AWS Asia Pacific (Malaysia) Region yang menawarkan pilihan lebih meluas dalam penggunaan aplikasi dan perkhidmatan kepada pengguna akhir.

Pembinaan dan operasi wilayah infrastruktur baharu itu dijangka menambah kira-kira RM57.3 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Selain itu menyokong lebih 3,500 pekerjaan sepenuh masa hingga 2038.

Ini termasuk pembinaan, kejuruteraan, telekomunikasi yang akan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan AWS di negara ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN