SAN FRANCISCO, 25 April- Ketua Pegawai Eksekutif TikTok pada Rabu berikrar untuk berjuang di mahkamah bagi membatalkan undang-undang baharu AS yang menyaksikan aplikasi popular itu bakal diharamkan kerana dakwaan ia dikawal oleh kerajaan China.
Menerusi satu video yang disiarkan dalam aplikasi sosial tersebut, Chew mengecam larangan ke atas TikTok yang ditandatangani menjadi undang-undang oleh Presiden Joe Biden.
Kongres AS meluluskan rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan aplikasi TikTok jika syarikat induknya, Bytedance, tidak menjual kepentingannya kepada syarikat tempatan.
"Yakinlah, kami tidak akan ke mana-mana," kata Chew dalam video dua minit yang disiarkan ke akaun korporat utama TikTok.
"Kami yakin dan kami akan terus memperjuangkan hak di mahkamah. Fakta dan perlembagaan menyebelahi kami dan kami menjangkakan akan menang," tambahnya.-REUTERS