HEBRON, 16 Januari- Tiga rakyat Palestin terkorban pada Isnin di Tebing Barat dalam dua pertempuran berasingan dengan tentera rejim zionis.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata sembilan rakyat Palestin turut cedera dalam insiden itu, termasuk empat daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
"Dua rakyat Palestin berusia 20-an terbunuh dalam operasi tentera Israel di Dura, selatan Tebing Barat.
"Seorang lagi warga Palestin terbunuh di wilayah Tulkarem," menurut kenyataan tersebut.
Sementara itu, Ketua Hospital Dura, Mohammed Rabaei memberitahu AFP bahawa Israel melakukan tembakan rambang ketika mereka tiba di bandar itu.
"Tentera tiba di bandar kami dan mula menembak orang ramai tanpa sebarang amaran," katanya.
Tebing Barat telah mengalami tahap keganasan yang tidak pernah dilihat sejak Intifada Kedua, antara 2000 hingga 2005.
Serangan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 346 orang di Tebing Barat sejak konflik tersebut.- AFP
Artikel Berkaitan:
Lebih 24,000 orang terkorban di Gaza
Serangan baru Israel bunuh lebih 60 rakyat Gaza
China gesa perdamaian mengenai krisis Gaza
180 wanita lahirkan anak setiap hari di Gaza di tengah sekatan Israel - PRCS
100 hari genosid di Gaza: Angka korban cecah 23, 843 orang