fb fb fb fb fb

Serangan baru Israel bunuh lebih 60 rakyat Gaza

Foto AFP

PALESTIN, 15 Januari- Lebih 60 rakyat Palestin terkorban dalam serangan tentera Israel di seluruh Gaza semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, puluhan lagi rakyat Gaza turut cedera dalam serangan berkenaan.

"Serangan tersebut melanda bandar selatan Khan Yunis dan Rafah, serta kawasan sekitar Bandar Gaza.

"Dua hospital, sekolah perempuan dan puluhan rumah antara sasaran Israel," menurut kenyataan tersebut.

Jelasnya, hospital yang sepatutnya dilindungi di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, berulang kali diserang Israel di Gaza sejak konflik Israel-Hamas melanda 7 Oktober lalu.

Tentera Israel menuduh Hamas mempunyai terowong di bawah hospital dan menggunakannya untuk melindungi aktiviti Hamas.

Konflik berkenaan setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 23,968 orang di wilayah Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - AFP

Artikel Berkaitan:
China gesa perdamaian mengenai krisis Gaza
Israel terus serang Gaza, biarpun berdepan tuduhan di ICJ
100 hari genosid di Gaza: Angka korban cecah 23, 843 orang

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM