SYDNEY, 15 Januari- Nauru akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan dan bakal mengiktiraf China.
Ia menandakan sekutu diplomatik pertama Taipei yang bertukar ke Beijing selepas pilihan raya presiden.
Menurut Presiden Nauru, David Adeang, pihaknya berbuat demikian demi kepentingan terbaik negara dan rakyat, selain sedang berusaha menyambung hubungan diplomatik dengan China.
"Ini bermakna Republik Nauru tidak lagi akan mengiktiraf Taiwan. Nauru juga akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan bermula hari ini," kata Adeang kepada pemberita menerusi satu sidang media di sini.
Sementara itu, Kementerian Luar Taiwan berkata pihaknya bakal mengadakan sidang akhbar susulan pengumuman terbabit. - AFP