NOWA DEBA, 19 November – Poland menguji sistem anti dron berkuasa AI Merops buatan Amerika Syarikat (AS) semasa latihan ketenteraan di kawasan latihan Nowa Deba, pada Selasa.
Ia sebagai usaha menangkis pencerobohan udara Rusia yang didakwa.
Rakaman menunjukkan seorang tentera AS memasang interceptor AS3 pada rel pelancar di belakang kenderaan ketenteraan semasa demonstrasi tembakan hidup NATO.
Sistem Merops (Multispectral Extended Range Optical Sight) mampu mengesan, mengesan dan menumpaskan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).
Dikuasakan AI, interceptor dron itu dapat melakukan navigasi walaupun satelit dan komunikasi elektronik diganggu.
Latihan yang dianjurkan Kementerian Pertahanan Poland itu turut disertai tentera Poland, Romania dan AS menggunakan platform anti UAS yang turut digunakan secara berkesan di Ukraine.
Poland dan Romania kini menggerakkan sistem anti dron bagi memperkukuh sayap timur NATO, susulan beberapa pencerobohan ruang udara oleh Rusia baru-baru ini.
Matlamat latihan itu adalah untuk memastikan sempadan dengan Rusia dilindungi rapi, sekali gus menghalang sebarang cubaan pencerobohan. -VIORY