WASHINGTON, 15 Januari- Tentera Amerika Syarikat (AS) telah menembak jatuh peluru berpandu yang disasarkan ke arah kapal pemusnah AS dari kawalan di Houthi, Yaman.
Pemerintah Pusat AS berkata serangan itu merupakan yang pertama kali dilakukan terhadap kapal pemusnah AS.
"Pada 14 Januari kira-kira pukul 4:45 petang (waktu Sanaa) sebuah peluru berpandu pelayaran anti-kapal ditembak dari kawasan Houthi yang disokong Iran di Yaman ke arah USS Laboon (DDG 58), yang beroperasi di Laut Merah," menurut kenyataan itu.
Sementara menurut Komando Pusat AS (CENTCOM), peluru berpandu itu ditembak jatuh di sekitar pantai Hodeida oleh pesawat pejuang AS.
Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.
Houthi berazam untuk terus melakukan serangan sehingga Israel menghentikan tindakan ketenteraan di Gaza. - AFP