fb fb fb fb fb

Lebih 24,000 orang terkorban di Gaza

Foto AFP

PALESTIN, 15 Januari- Jenayah perang dilakukan rejim zionis terhadap penduduk Palestin di Gaza telah meragut lebih 24,000 nyawa.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata kebanyakan mangsa maut melibatkan wanita dan kanak-kanak sejak konflik Hamas-Palestin bermula 7 Oktober lalu.

"Serangan terbaru rejim zionis melanda bandar selatan Khan Yunis dan Rafah, serta kawasan sekitar Bandar Gaza," menurut kenyataan itu.

Sementara menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),  pertempuran berkenaan telah menyebabkan kira-kira 85 peratus penduduk wilayah itu kehilangan tempat tinggal, bersesak-sesak ke tempat perlindungan dan bergelut untuk mendapatkan makanan, air, bahan api serta rawatan perubatan.

"Tiada makanan, tiada air, tiada pemanas. Ramai yang mati akibat kesejukan," kata Mohammad Kahil, yang berpindah dari utara Gaza ke Rafah di sempadan selatan Mesir. - AFP

Artikel Berkaitan:
China gesa perdamaian mengenai krisis Gaza
180 wanita lahirkan anak setiap hari di Gaza di tengah sekatan Israel - PRCS
100 hari genosid di Gaza: Angka korban cecah 23, 843 orang

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM