BANDARAYA GAZA, 13 Januari - Jumlah korban akibat serangan rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza kini mencecah 23, 843 orang sepanjang tempoh serangan rejim Zionis Israel sejak 7 Oktober lalu.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata, memasuki hari ke-99 konflik antara Palestin dan Israel, sekurang-kurangnya 60, 317 orang lagi cedera dalam serangan itu dengan ribuan masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang musnah akibat dibom rejim Zionis.
Esok (Ahad) genap 100 hari penindasan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza atas tindakan jenayah perang yang berterusan dan membunuh puluhan ribu nyawa kebanyakannya golongan wanita dan kanak-kanak.
Di tengah Gaza, akibat kekurangan bahan api memaksa penjana utama di Hospital Syahid Al Aqsa di Deir el-Balah ditutup.
Sementara itu, Israel telah menghadkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke utara Gaza sejak awal Januari lalu.
Ketua kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Martin Griffiths berkata, Israel sentiasa menyekat konvoi bantuan kemanusiaan ke utara Gaza.
Hanya 21 peratus dairpada semua bekalan makanan, air dan ubat-ubatan sampai ke kawasan yang paling teruk di serang Israel. - AFP
ARTIKEL BERKAITAN:
- Angka korban di Gaza meningkat kepada 23,469 orang
- Lebih 10 kanak-kanak di Gaza kudung setiap hari sejak 7 Oktober
- Penduduk Palestin kebumikan semula mayat yang digali dari perkuburan Gaza
- Gaza Terkini: Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 11,078
- Angka korban Gaza meningkat 20,258
- Hari ke-89: Angka korban rakyat Palestin meningkat 21,110 mangsa