fb fb fb fb fb

Angka korban di Gaza meningkat kepada 23,469 orang

Foto WAFA

GAZA, 12 Januari- Jenayah perang dilakukan rejim zionis terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza memasuki hari ke-98 hari ini, sudah meragut 23,469 nyawa.

Memetik Agensi Berita Palestin WAFA, Kementerian Kesihatan Gaza berkata kebanyakan mangsa maut melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Kira-kira 60,000 orang cedera manakala hampir 8,000 orang lagi tidak dapat dikesan sejak konflik Hamas-Palestin bermula 7 Oktober lalu.

Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata puluhan orang awam terbunuh dan cedera dalam serangan Israel pagi tadi.

Tentera udara Israel turut melakukan serbuan di kawasan tengah Khan Yunis; menyasarkan ambulans dan kru penyelamat ketika mereka bekerja keras untuk mengangkut mangsa maut dan cedera.

Di tengah Gaza, pesawat Israel menyasarkan sebuah bangunan kediaman di kawasan kejiranan Al-Mashaala di Deir Al-Balah.

Israel juga membedil bandar Al-Zawaida serta kem pelarian Nusseirat dan Al-Bureij.

Artikel Berkaitan:
Perbicaraan genosid Gaza, Afrika Selatan mohon injunksi henti serangan di Gaza
Pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Afrika Selatan tuduh Israel di Mahkamah Dunia
ICC siasat jenayah perang ke atas kematian wartawan di Gaza
Korban awam di Gaza 'terlalu tinggi' - Blinken
Putera Mahkota Saudi tegaskan keperluan hentikan operasi ketenteraan di Gaza
Lebih 10 kanak-kanak di Gaza kudung setiap hari sejak 7 Oktober
Dua lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Konflik di Gaza berisiko merebak, ancam keselamatan di Asia Barat- Setiausaha Negara AS
Angka kematian Gaza melepasi 22,000
Gaza tidak boleh didiami lagi- PBB

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM