
TEHRAN, 20 Julai– Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mendakwa pihaknya menyasarkan pesawat Amerika Syarikat (AS) yang ditempatkan di Lapangan Terbang Aqaba, Jordan menggunakan peluru berpandu balistik.
RINGKASAN BERITA AI
- IRGC menyatakan pesawat pengangkut berat serta pesawat arahan dan kawalan antara menjadi sasaran serangan.
- Menurut kenyataan, serangan mendatangkan "kerosakan teruk" terhadap beberapa pesawat musuh.
- Dakwaan tersebut belum disahkan secara bebas.
IRGC dalam kenyataan yang disiarkan penyiar negara Iran berkata pesawat pengangkut berat dan pesawat arahan serta kawalan AS antara menjadi sasaran dalam serangan berkenaan.
Menurut kenyataan itu, serangan balas tersebut menyebabkan “kerosakan teruk” terhadap beberapa aset musuh.
Bagaimanapun, dakwaan berkenaan belum disahkan secara bebas. -AFP