Real Madrid dikejutkan Alaves

Foto AFP

MADRID, 29 November– Real Madrid mengalami kekalahan mengejut selepas tewas 1-2 kepada Alaves dalam saingan La Liga.

RINGKASAN BERITA AI
  • Madrid sebelum ini memenangi 10 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.
  • Toni Martinez dan Angel Perez menjaringkan gol buat Alaves.
  • Kylian Mbappe merapatkan jurang, namun Madrid gagal menyamakan kedudukan.
  • Jude Bellingham dilayangkan kad merah selepas VAR membatalkan sepakan penalti Madrid.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bernabeu itu turut menyaksikan ‘drama’ apabila pemain tengah Jude Bellingham dilayangkan kad merah.

Ia gara-gara tindakan pemain itu yang sengaja menjatuhkan badan untuk mendapatkan sepakan penalti.

Skuad kendalian Jose Mourinho sebelum itu memenangi 10 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Bagaimanapun dalam perlawanan kali ini, mereka dikejutkan dengan dua gol pelawat, masing-masing disempurnakan Toni Martinez pada minit ke-22 dan Angel Perez dalam aksi separuh masa kedua.

Kylian Mbappe berjaya merapatkan jurang buat Madrid, namun gagal menyamakan kedudukan.

Nasib tidak memihak tuan rumah apabila Bellingham dilayangkan kad kuning kedua pada penghujung perlawanan selepas terjatuh di dalam kotak penalti.

Pada awalnya, pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Los Blancos , namun semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati Bellingham tidak dikasari, sekali gus keputusan itu dibatalkan dan pemain England berkenaan diarahkan keluar padang.

Kekalahan itu menyaksikan Madrid kekal di tempat ketiga, satu mata di belakang Atletico Madrid yang sebelum itu menewaskan Elche 3-2.

Barcelona, yang mendahului Madrid dengan kelebihan tiga mata, dijadual bertemu Deportivo La Coruna, malam ini. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.