fb fb fb fb fb

Angka korban Gaza meningkat 20,258

Foto AFP

RAMALLAH, 24 Disember- Angka korban di Gaza sejak serangan Israel 7 Oktober lalu telah meningkat kepada 20,258 orang dengan 53,688 yang lain cedera.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 201 rakyat Palestin terbunuh dan 368 cedera dalam serangan rejim zionis dalam tempoh 24 jam lalu.

"Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera pada Sabtu berikutan serangan udara Israel di tengah kem pelarian al-Bureij di Gaza," kata Kementerian Kesihatan Gaza menerusi satu kenyataan.

Sementara itu, satu lagi serangan udara Israel menyasarkan kem pelarian Jabalia di utara Gaza mengakibatkan berpuluh-puluh kematian dan kecederaan.- AFP

Artikel Berkaitan:
PBB lulus resolusi tuntut membenarkan penyampaian bantuan ke Gaza
Lebih 2 juta rakyat Gaza diramal hadapi kebuluran menjelang Februari 2024
70% kematian di Gaza melibatkan wanita, kanak-kanak
Ketua Hamas tiba di Mesir runding gencatan senjata di Gaza
Tiada lagi hospital berfungsi di utara Gaza - WHO

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM