JEPUN, 16 November - Gunung berapi Sakurajima di pulau utama barat Jepun, Kyushu, meletus beberapa kali pada Ahad, menghamburkan asap dan abu setinggi 4.4 kilometer, sekali gus menyebabkan puluhan penerbangan dibatalkan.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), letusan pertama berlaku sekitar pukul 1 pagi Sabtu, diikuti dua letusan lagi pada pukul 2.30 pagi dan 8.50 pagi.
Agensi berita Kyodo melaporkan, ini merupakan letusan pertama yang mencecah 4 km atau lebih dalam tempoh hampir 13 bulan.
Media tempatan turut melaporkan 30 penerbangan masuk dan keluar Lapangan Terbang Kagoshima dibatalkan berikutan kesan abu dan faktor keselamatan lain.
Sakurajima merupakan antara gunung berapi paling aktif di Jepun dan meletus secara berkala dengan tahap yang berbeza-beza. Pada 2019, gunung berkenaan menghamburkan abu setinggi 5.5 km.-REUTERS