fb fb fb fb fb

Tentera Ukraine tembak jatuh jet pejuang Rusia

Jet pejuang Sukhoi Su-34 Rusia melancarkan serangan di Ukraine/AFP

KIEV, 23 Disember- Tentera Ukraine berkata telah menembak jatuh tiga jet pejuang Rusia di selatan negara itu.

Komander Tentera Udara Mykola Oleshchuk berkata jet Su-34 itu ditembak sekitar tengah hari Jumaat.

Presiden Volodymyr Zelensky mengucapkan terima kasih kepada tentera yang menembak jatuh pejuang Rusia di wilayah Kherson itu.

"Ia merupakan keuntungan Tentera Udara kita dan tindakan langsung 'Anti-Aircraft Missile Brigade', terima kasih", katanya.

"Dan semoga setiap juruterbang Rusia menyedari tindak balas kami terhadap setiap pembunuh Rusia, tiada seorang pun daripada mereka akan terlepas daripada hukuman", katanya.

Zelensky juga memaklumkan beliau berkomunikasi dengan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte mengenai penghantaran jet F-16 ke Ukraine dan membincangkan kelulusan pakej sokongan EU baharu bernilai €50 bilion ($55 bilion) untuk Ukraine.

"Belanda sedang bersedia untuk menghantar jet pejuang F-16 pertama ke Ukraine. Daripada keputusan mengenai penyediaan pesawat, kami telah beralih kepada melatih juruterbang dan jurutera dan kini kami melaksanakan bahagian teknikal, penghantaran sebenar Jet F-16," katanya.

Belanda mengumumkan sedang menyediakan penghantaran 18 jet tempur F-16 buatan AS yang dijanjikan ke Ukraine, ketika Kiev berada dalam tekanan dari semua pihak.

Dengan kelulusan AS, Denmark dan Belanda mengumumkan pada Ogos bahawa mereka akan menyediakan 61 jet, selepas juruterbang Ukraine menjalani latihan.-AFP

ROSLINA BINTI DIN