LIMA, 31 Disember -Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 40 orang cedera selepas dua kereta api bertembung di laluan menuju ke Machu Picchu, menurut pihak berkuasa Peru.
Menurut pejabat pendakwa raya di Cusco, mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai konduktor salah sebuah kereta api terbabit.
Pihak berkuasa berkata mereka sedang mengenal pasti penumpang yang cedera, kebanyakannya pelancong asing, dengan majoriti dilaporkan mengalami kecederaan serius.
Sekurang-kurangnya 12 ambulans bersama petugas perubatan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak di kawasan pergunungan Andes.
Punca kejadian masih dalam siasatan. - AFP