fb fb fb fb fb

Pelakon “The Wire” Isiah Whitlock Jr. meninggal dunia

Isiah Whitlock Jr./AFP

LOS ANGELES, 31 Disember -Pelakon Amerika Syarikat, Isiah Whitlock Jr. dilaporkan meninggal meninggal dunia pada usia 71 tahun pada Selasa, menurut pengurusnya.

Whitlock terkenal menerusi watak ahli politik korup dalam siri drama jenayah HBO The Wire serta kerap muncul dalam filem arahan pemenang Oscar, Spike Lee.

“Itulah dengan rasa dukacita yang mendalam saya mengumumkan pemergian sahabat dan klien saya, Isiah Whitlock Jr. Sesiapa yang mengenalinya pasti menyayanginya. Seorang pelakon hebat dan insan yang lebih baik,” tulis pengurusnya, Brian Liebman, di media sosial.

Whitlock dikenali ramai menerusi watak Clay Davis, seorang ahli politik licik dalam The Wire, siri yang diilhamkan daripada kisah-kisah gelap dunia pengedaran dadah dan politik jenayah di Baltimore, Maryland, hasil karya bekas wartawan, David Simon.

Watak itu menjadi ikonik antaranya kerana gaya sebutan dialog khas yang sering diulang dalam siri berkenaan, sehingga menjadi tanda pengenalan wataknya.

David Simon turut memberi penghormatan dengan memuat naik gambar Whitlock yang tersenyum bagi mengenang pemergian pelakon itu.

Sepanjang kerjayanya yang menjangkau beberapa dekad, Whitlock membintangi lebih 125 karya lakonan termasuk banyak filem arahan Spike Lee seperti She Hate Me, 25th Hour, Red Hook Summer, Chi-Raq, BlacKkKlansman dan Da 5 Bloods. Spike Lee menyifatkannya sebagai “saudara tersayang” dalam hantaran media sosial.

Antara peranan lain yang diingati ialah wataknya sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dalam siri komedi satira politik Veep. Beliau juga pernah muncul dalam filem Goodfellas arahan Martin Scorsese sebagai seorang doktor.

Selain lakonan layar hidup, suara bariton Whitlock turut dipinjamkan untuk filem dan siri animasi termasuk Lightyear terbitan Pixar dan Cars 3.

Dilahirkan di Indiana daripada 10 beradik, Whitlock merupakan anak kepada seorang pekerja kilang keluli.

Mendiang menamatkan pengajian di Southwest State University sebelum melanjutkan pengajian drama di American Conservatory Theater, San Francisco.- AFP

TETITIA YUSOFF