fb fb fb fb fb

Bas terbalik di Nicaragua, 16 maut termasuk kanak-kanak

Foto X/Noticias Independiente

MANAGUA, 24 Disember- Sekurang-kurangnya 16 orang termasuk kanak-kanak maut apabila bas yang sarat dengan penumpang terbalik di atas jambatan di sebuah bandar di utara ibu kota Nicaragua, Managua.

Menurut Naib Presiden Nicaragua, Rosario Murillo, lebih 25 mangsa insiden bas terbabit mengalami kecederaan.

Katanya, pemandu bas hilang kawalan sebelum kenderaan tersebut terbalik.

"Kemalangan berlaku di Rancho Grande. Kira-kira 70 orang berada di dalam bas ketika itu. Kami amat bersedih dengan insiden yang berlaku ini," kata Murillo kepada pemberita di sini.

Tambah Murillo, sembilan daripada mangsa maut telah dikenal pasti setakat ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama mangsa tersebut - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM