fb fb fb fb fb

Gempa bumi kecil landa timur Taiwan

 TAIPEI, 24 Disember - Gempa bumi bermagnitud 4.6 melanda pantai timur Taiwan semalam, kata biro cuaca pulau itu.

Biro cuaca di kepulauan itu melaporkan hanya berlaku gegaran kecil di daerah itu pada kedalaman 16.5 km (10.3 batu).

Gegaran gempa bumi berada di laut di luar daerah Taitung Taiwan, yang mana sebahagian besarnya kawasan luar bandar. Bagaimanapun gempa bumi itu tidak dirasai di ibu negara Taipei.

Difahamkan, Taiwan terletak berhampiran antara dua plat tektonik dan berdepan risiko kepada gempa bumi. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN