fb fb fb fb fb

Mahkamah AS putuskan Twitter langgar kontrak kerana gagal bayar bonus

FOTO AFP

SAN FRANCISCO, 24 Disember - Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu memutuskan syarikat media sosial, Twitter yang kini dijenamakan sebagai X, telah melanggar kontrak susulan gagal membayar bonus prestasi tahunan seperti yang dijanjikan secara lisan kepada pekerjanya.

Tuntutan pelanggaran konrak itu difailkan oleh bekas pengarah kanan, Mark Schobinger.

Menerusi saman yang difailkan pada Jun lalu, Twitter didakwa menjanjikan bonus prestasi 2022 kepada pekerja jika mereka kekal bersama syarikat itu hingga tarikh akhir kemungkinan pembayaran pada suku pertama tahun ini.

Mahkamah itu menolak cubaan Twitter untuk mengetepikan kes berkenaan, dengan memutuskan bahawa tuntutan Schobinger berhubung pelanggaran kontrak bawah undang-undang California, adalah sah.

Hakim Daerah AS, Vince Chhabria dalam penghakimannya berkata Schobinger secara wajar telah menyatakan tuntutan membabitkan dakwaan pelanggaran kontrak bawah undang-undang California.

"Beliau mendakwa Twitter berjanji secara lisan untuk membayar setiap pekerja, sebahagian daripada bonus dipertimbangkan.

"Justeru, Twitter melanggar kontrak terbabit apabila didakwa menolak untuk membayar bonus yang dijanjikan kepada Schobinger," kata Vince.

Bagaimanapun, X masih boleh merayu keputusan mahkamah itu. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN