PALESTIN, 24 Disember- Serangan Israel di Gaza membunuh lebih 200 orang dalam tempoh 24 jam.
Pihak berkuasa Hamas berkata jumlah kematian akibat konflik itu kini telah melonjak melebihi 20,000 orang.
Serangan Israel terus tertumpu di Bandar Gaza dan bandar selatan Khan Yunis.
Di luar bilik mayat di Hospital Nasser, orang awam dilihat bersedih, berdoa dan menangis.
"Ini adalah pembunuhan beramai-ramai," kata penduduk, Rafat Al Aydi.
Sehingga ke hari ini, Israel terus menafikan sebagai punca tercetusnya konflik, selain menyasarkan orang awam di Palestin.
Sementara itu, pasukan tentera Israel menyerbu bandar Tulkarm di Tebing Barat.
Israel menceroboh ke bandar itu dengan diiringi dua jentolak.
Pesawat peninjau Israel turut berlegar di bandar dan kem Tulkarm serta Nour Shams. - AFP
Artikel Berkaitan:
Angka korban Gaza meningkat 20,258
KLN Gaza hargai kelulusan resolusi PBB, bantuan ke Gaza
Lebih 2 juta rakyat Gaza diramal hadapi kebuluran menjelang Februari 2024
Kanak-kanak Gaza kelaparan akibat sekatan bantuan makanan