fb fb fb fb fb

KLN Gaza hargai kelulusan resolusi PBB, bantuan ke Gaza

Foto hiasan

RAMALLAH, 23 Disember- Keputusan Majlis Keselamatan PBB mengenai penyampaian bantuan ke Gaza adalah satu langkah yang betul, walaupun tertangguh.

Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat berkata kelulusan resolusi yang disokong Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah satu langkah yang betul untuk menghentikan pencerobohan Israel, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan, pembunuhan beramai-ramai dan kebuluran terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Memetik laporan agensi berita Palestin, WAFA, kementerian itu memuji usaha gigih negara berkaitan Majlis Keselamatan PBB memikul tanggungjawab untuk melindungi orang awam Palestin, menghentikan pencerobohan dan memastikan kemasukan semua bantuan kepada rakyat Palestin.

Kementerian itu turut mengucapkan terima kasih kepada Mesir dan UAE, negara-negara yang menyokong keputusan itu dan semua orang yang menyumbang kepada pencapaian tersebut. Ia sebagai langkah untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin di Gaza dan meningkatkan tekanan terhadap negara-negara yang dengan sengaja menghalang atau menangguhkan gencatan senjata.

Kementerian menekankan keperluan mempercepatkan pelaksanaan keputusan itu dan untuk Setiausaha Agung mengemukakan laporannya mengenai pelaksanaan resolusi, keputusan lain dan untuk membentuk mekanisme yang diluluskan.

Kementerian Luar juga menegaskan perlunya Majlis Keselamatan melaksanakan keputusannya berhubung menangani punca pencerobohan biadab Israel, serta keperluan untuk menamatkan pendudukan Israel dan merealisasikan hak sah rakyat Palestin.

ROSLINA BINTI DIN